//Simple is better | ♥

Bonjour!
Hey ! Have a good day | ♥


Welcome to my . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Dealova to punch you!.

Status : Tak sabar nak sekolah. Omaigad! Omaigad!


Tagboard
Footprints here!


cbox code here

Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: HanyJ

Siapakah Yana Nickhun ?




W A R K A H B U A T Y A N G T E R S A Y A N G   



       "Yana , kenapa terlalu cepat awak tinggalkan saya ? Tanpa sebab awak pergi Yana !!!" laung Nazri diteratak Nurin Aziana Mahmood . Hubungan yang terjalin hanya 4 bulan kini sudah berakhir . "Assalamualaikum..." sapa Nadia . "Wasalam..." jawab nazri diikuti esakan tangisan . "Nazri , arwah ada amanatkan sesuatu pada aku ." Jelas Nadia serba salah . "Apa?" cepat cepat Nazri melepaskan pelukannya dari kubur Yana lalu mendekati Nadia . "Dia pinta agar aku berikan kau warkah ini sesudah dia selamat dikebumikan ." terang Nadia dengan sayu . "Apa yang jadi ni ? Kaurang ada agenda apa ? Kenapa ni ?" soalan Nazri sama sekali tidak dijawab oleh Nadia . "Kau bacalah warkah tu , dalam tu ada semua jawapan yang engkau cari . Aku pergi dulu" ucap Nadia sebelum meninggalkan Nazri kebingungan . Tanpa banyak itu dan ini , Nazri membelek belek warkah tersebut 'Warkah buat yang tersayang' tulisan yang tertera di hadapan sampul surat . Dia lantas membuka sampul itu dan membaca isinya .

        "Assalamualaikum , 
Kata maaf sebagai pendahuluan . Awak , saya tahu awak tercari cari punca pemergian saya . Di sini semuanya akan terjawab . Saya sebenarnya satu dari sejuta penghidap sakit jantung . Saya terpaksa merahsiakanny demi mengelakkan kehampaan awak . Membuat seseorang menangis bukanlah kesukaan saya . Awak ingat lagi tak perkara yang jadi kat kita lebih kurang 4 bulan yang lalu ? Mereka semua tinggalkan kita dalam bilikmuzik dan kunci kita dari luar . Masa tu awak punyalah takut sampai menangis nangis . Lepastu masa mereka buka pintu , awak pula berlagak 'macho' . Masih segar lagi dalam ingatan saya . 
         Dua hari lepastu , 30 Julai awak hantar surat layang minta 'couple' . Saya tersenyum dalam kesedihan . Mulanya saya takut untuk terima awak dalam hidup saya . Kerana saya tahu bahawa hidup saya tak lama . Saya akui memang saya pun minat awak . Nadia sarankan agar saya tak terima  awak sebab dia juga takut yang saya akan sedih di kendian hari . Azurin pula beritahu saya bahawa awak benar benar ikhlas . Saya pun terima awak dengan hati yang terbuka dan ikhlas . 
          Dua bulan dah kita 'couple' awak bagi saya 'teddy bear' . Pada hari yang sama doktor datang rumah saya dan beritahu kami sekeluarga berkenaan tarikh pembedahan saya . Tarikh tersebut jatuh pada 15 November . Bulan depan . 15 November juga tarikh lahir awak . Saya tak mampu berbuat apa apa . Tiap kali saya terpandang 'teddy bear' yang awak beri , saya akan menangis . 
          12 November , kita berjumpa seperti biasa . Tapi perjumpaan kali ini luar biasa apabila saya pengsan di hadapan awak . Saya beritahu awak bahawa saya hanya pening , tak breakfast pagi tadi . Tapi kenyataannya jantung saya berhenti berdegup . Maaf kerana saya menipu awak . Nadia kata awak risau sangat . Maaflah kalau kerana saya awak begitu risau . 
          Malam pada hari kejadian tu , awak telefon saya dan khabarkan bahawa tarikh lahir awak jatuh pada 15 November dan awak buat sedikit jamuan di rumah bagi meraikan genap 16 tahun . Awak merayu pada saya agar elakkan daripada ke mana mana dan hadir ke rumah awak . Saya terdiam , terkedu dan menangis . Apa yang harus saya katakan ? Saya mengambil keputusan agar berdiam diri sahaja . 
             15 November , masanya sudah tiba . Saya hanya mengirimkan kemeja biru kepada Nadia dan Azurin agar disampaikan pada awak . Masa saya kat hospital , awak telefon saya , tapi saya tak mampu mendengar suara awak . Awak 'message' , tapi saya tak mampu membacanya . Dalam 'message' awak tanya saya kenapa tak hadir majlis dirumah awak dan macam macam lagi . Soalan awak saya tak berikan jawapan . Saya hanya ditemani air mata sepanjang di hospital . Saya masuk ke bilik pembedahan tanpa doa , dorongan dan pengetahuan awak ...
             Selepas pembedahan , alhamdulillah saya masih mampu melihat dunia nyata . Tapi kegembiraan tersebut hanya berlangsung kurang dari 10 minit kerana doktor mengesahkan bahawa saya hanya boleh hidup kurang dari 20 hari . Ya Allah ! Macam mana saya nak khabarkan pada awak ? 
             30 November , hari ke 17 . Awak serta rakan rakan yang lain datang kerumah saya . Awak bawa kek dan hadiah sebab hari ni genap 4bulan kita 'couple' . Ibu saya hanya mampu tersenyum walaupun jauh di sudut hatinya dia sedang bersedih. Tanpa disengajakan saya menangis . Awak tanya saya "Kenapa ? Tak suka ke saya bawakan kek ?" Saya cuba senyum dan katakan bahawa saya nangis kerana gembira . Awak tersenyum . Masa mereka nak ambil gambar kita tiba tiba saya terjatuh . Masa tu jantung saya sakit sangat sangat . Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya saya rasa . saya dikejarkan ke hospital . 
             Doktor bagitahu yang pada bila bila masa sahaja saya boleh pergi . Sekarang saya sedang menanti saat untuk pergi . Doakan saya agar ditempatkan dengan orang orang yang beriman . Saya akan tunggu awak di syurga :) Selamat tinggal .


                                                                                                              Yang menyayangimu ;
                                                                                                                        Nurin Aziana Mahmood (Yana)"




              Air mata Nazri berjurai dengan lebih laju . Dia tidak langsung menyangka bahawa Yana menghidap sakit jantung . Dia kemudiannya pulang kerumah dan menyedekahkan bacaan Yaasin buat Yana . "Aku hanya hamba Allah yang lemah . Senjataku hanya berdoa pada-Nya . Menolak takdir-Nya bukan tugasku . Mungkin Dia lebih menyayangi Yana . Andai ini takdir-Nya , redhalah perkara yang harus aku lakukan" getus hati Nazri .




[ Saya nak tag 
Kak Fanna
Fanne]